Wednesday, April 1

SuMbaNGaN BeLiaU

Antara sumbangan beliau selama ini ialah beliau telah menghasilkan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa. Antara tajuk buku-buku yang telah beliau hasilkan ialah seperti Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selaian itu juga, termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fakar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah.

No comments:

Post a Comment